Friday, June 3, 2016



KRABI - dekat yang jauh.
if i planned something, what ever it is i want to make it happen.


- DAY 1 -

20May2016 | semua perancangan onthespot..krabi my selected country utk awal tahun 2016. Kali ni pergi duo je, 2,2 auditor weekendescape.. Alhamdulillah semua dimudahkan urusan.. tiket flight beli awal 2 bulan, dalam RM 250/return tiket. Di Malaysia, sesambil kerja..my book siap2 keperluan ktsana cth hotel.

Flight jam 4ptg hari jumaat,  sempat pergi kerja dlu pepagi tu. lepas tu, siap urusan drive to TBS and parking sana dengan parking rate RM4/day. naik jetstar bas terus ke klia2 dgn harga RM10/way.


Pukul 5.30(local time) sampai di Airport Krabi - weh panjang gila kt immigration dia.nearly 45minit queuing.selepas settle urusan di immigration, turun je escalator terus cari kaunter shuttle bas ke krabi town. Mg plan nk ke krabi town dulu sebelum ke aonang (hotel di aonang) -


- ticket bas kena beli di kaunter, di bas tiada jual ticket bas

ke krabi town = 90 baht
ke aonang = 150 baht

~kami ke krabi town dulu sebab nak singgah di night market yang ada time weekend shj ~
*rugi kalau lepas peluang 



shutter bas di airport. fest destinasi dia di bandar krabi (tiket warna pink)

setibanya di bandar, shutter bas akan berhentikan di 1 bangunan(tempat) yang seakan agen pelancongan.semua penumpang nak ke krabi town, dipersilakan turun. mula-mula agak pelik sebab xramai org yg turun..hanya mai&amani&seorg foreigner je turun di situ. tapi rupanya disitu center untuk pelancong di krabi town. kami akan menaiki 1 lagi van untuk dibawa ke tempat tujuan kita. n its free!!! kagum dengan krabi.

ini lah van yang bawak setiap passenger ke tempat yang ingin dituju,xpyh bayar pun. macam kami..kami diturunkan betul-betul depan pasar malam. mudah je urusan di sini.


dipasar kebiasaan tempat berkumpul orang ramai dan nk jumpa ramai local people


dimana-mana pasar pun best.walaupun baru sampai, total lost quite good ^___*



pisang pun boleh gril


taktaulah nama apa, tapi comel sangat and best - 6 keping 20baht.


dinner di bandar krabi - the feeling,best kot!

 di pasar, ada some space like this for chilling..tapi rasanya semua duduk sini untuk makan..krabi&even thailand pun mmg terkenal dgn makanan yang pelik & comel.

sambil makan,didendang dengan lagu-lagu thailand..krong krong kap kap.

--------

LEPAS puas berjalan, selepas 5-6x pusing ditempat yang sama sebab xpuas-puas dengan hasil penangkapan, kami decide untuk bergerak ke hotel, di Aonang, tempat tumpuan pelancong di Krabi (9pm local time) - untuk ke Aonang, kami perlu menaiki local bas, puas melilau cari "bas" yg dimaksudkan sebab katanya depan night market je.rupanya local bas mereka mcm van je..ke Aonang (sebut nama hotel) 60baht/sorg.

gambar depan | ni lah local bas yang dimaksudkan - mcm lori kan 
*bukan bas pelancong kt belakang tu

---- ALHAMDULILLAH ----

tiba dihotel dgn selamat. dan masjid disebelah je. memg kwsan muslim la cuma xsempat nk menjengah kedalam masjid ..sibuk dengan ciptaan Allah yang lain

hotel betul-betul sebelah hotel  - sepanjang depan masjid banyak jugak makanan & jualan

AONANG GOODWILL >> good review pasal hotel ni - mai direct book thru email je (takguna agoda, trivago, etc) location bukan tepi pantai pun tp dekat lah.boleh jalan kaki "kalau" rajin.

- PUAS HATI
email je terus : contact@aonanggoodwill.com




bilik kami || 1200baht untuk 2 malam and 2 orang..share2 jd murah gila kan! katil besar, bilik besar, aircond, view best - berbaloi

^
^
^
^
sebab checkIn hotel agak lewat malam, tiada masa nak survey pakej untuk island hoping untuk esok. kami decide untuk amik pakej dengan hotel shj 850baht/seorang ke phi phi island + 400baht/seorang untuk entrance fee - to be honest, mai bukan seorang yang suka dengan aktiviti laut. pilih phi phi pun sebab most famous island to visit and diantara tercantik.

settle untuk hari pertama

~~~ jom tido ~~~






Best regards,
Humaira Abdullah

0 pengkritik:

Post a Comment